Soalan lazim

Apakah Nombor Server?
Nombor server adalah nombor yang dituju untuk menghantar SMS bagi menjalankan semua transaksi kecuali Tambah Modal. Sila hantar mengikut telco penjual, bukan telco pembeli.
Contohnya, anda sebagai penjual menggunakan telco Celcom, pelanggan ingin membeli topup Maxis. Jadi anda perlu menghantar SMS ke nombor server Celcom, bukan Maxis. Ia bertujuan untuk menjimatkan kos anda sebagai penjual. Jangan lupa setkan nombor server kepada Teman20, 8pax, Activ10 atau F&F. Paling jimat, gunakan YM (sila login untuk dapatkan ID YM kami).




Bagaimana Keuntungan Jualan Topup Dibayar?

Kami tidak 'membayar' keuntungan, tetapi penjual mengutip keuntungan daripada jualan mereka sendiri. Sama seperti perniagaan lain, harga jual bagi penjual mestilah lebih tinggi daripada harga beli penjual itu sendiri.
Contoh termudah, anda menjual topup Celcom RM10 dengan harga RM10.00 tetapi 'membeli' dengan kami dengan harga RM9.50 sahaja. Akaun anda akan ditolak RM9.50 sahaja daripada jualan topup RM10.00 itu tadi. Maka RM0.50 lah keuntungan penjual tersebut.
Contoh lagi, modal anda RM100. Jika 10 orang beli topup RM10 seperti tadi setiap hari selama 6 hari, maka anda telah kehabisan modal di dalam telefon bimbit sebanyak RM95.00 dengan berbaki RM5.00, sedangkan duit di tangan adalah sebanyak RM100, pada hari pertama. Anda tambah modal RM100 tersebut dan baki anda menjadi RM105 pada hari kedua, hari ketiga menjadi RM110, hari keempat menjadi RM115, hari kelima menjadi RM120, hari keenam menjadi RM125, hari ketujuh anda jual kepada 13 orang dan mendapat RM130 dengan baki modal RM0.

 Apa Itu Downline SMS?
Downline SMS ialah downline yang didaftarkan melalui SMS. Sebaik mendaftar dari web, anda perlu mencari downline SMS untuk mendapatkan pendapatan pasif. Semakin ramai anda daftarkan, semakin tinggi potensi pendapatan pasif anda.
Level bagi downline SMS terdiri daripada Dealer, Agent, Retailer, First-Retailer, Second-Retailer, dan Third-Retailer. Apabila mendaftar downline SMS, level downline anda akan disetkan sebagai satu level di bawah anda.
Jika anda Master, apabila anda mendaftar downline SMS, downline tersebut akan didaftarkan sebagai Dealer. Jika anda Dealer, downline anda akan didaftarkan sebagai Agent. Jika anda Agent, downline anda akan didaftarkan sebagai Retailer.
Seterusnya barulah downline anda daftarkan downline mereka sampai Third-Retailer. Semua jualan topup semua level di bawah anda, anda akan dapat overiding sales mereka.

Apakah Transaksi Selain Menjual Topup?
Cari seberapa ramai ejen di bawah anda. Setiap pendaftaran yang anda lakukan adalah dicaj sebanyak RM10. Akan tetapi, anda bebas meletakkan yuran pendaftaran untuk menjadi ejen di bawah anda.
Mencari downline SMS mempunyai kelebihan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam jangka pendek, anda boleh jana keuntungan dari pendaftaran downline SMS. Katakan anda caj RM30 untuk pendaftaran, akaun anda dipotong RM10, keuntungan RM20. Jika anda dapat 20 downline sehari, bukankah anda menjana RM400 keuntungan bersih sehari?
Dalam jangka panjang pula, setiap transaksi jualan topup yang dijalankan oleh downline akan memberi komisen overiding sales, yang boleh anda lihat ia naik terus menerus pada Baki Belum Tukar (unclaim komisin). Bayangkan 20 downline ada membuat jualan kepada 10 pelanggan Celcom RM10 sahaja, anda akan dapat pendapatan pasif sebanyak RM10. Jika anda ada 200 downline, bukankah anda mampu menjana pendapatan pasif sehingga RM100 sehari, tanpa membuat apa-apa?
Bukan itu sahaja, anda ajar pula downline anda mendaftar orang lain, dengan cara yang sama seperti anda lakukan. Setiap jualan yang dilakukan oleh downline kepada downline anda akan memberi anda overiding yang sama banyak dengan jualan downline tadi. Bayangkan 200 downline anda mencari 10 downline setiap seorang, bukankah 2000 orang? Dengan jualan yang sama banyak seperti contoh di atas, bukankah anda telah menjana pendapatan pasif sehingga RM1,000 sehari. Jika ditambah dengan kiraan tadi, bukankah menjadi RM1,100 pendapatan pasif sehari?
Bukan itu sahaja, anda boleh ajar downline anda supaya mengajar downline mereka mendaftar downline. Hal ini boleh berterusan sehingga 7 level ke bawah, menyebabkan anda mampu menjana pendapatan RM1.00 seminit tanpa henti 24 jam sehari 365 hari setahun, walaupun di hari raya.